Kemuliaan Kekasih Allah swt

Diriwayatkan setelah kewafatan Rasulullah Saw, Sayidina Abu Bakar berazam utk melakukan segala sunnah baginda semasa baginda hidup. Setelah melakukan semuanya, beliau brtanya kpd anaknya Aishah, " Adakah lg sunnah kekasihku itu yg belum sy tunaikan?" Aisyah menjawab," Hanya 1 lg ayahku, Rasulullah Saw pada setiap pagi akan pergi ke pasar & menyuap makan kepada seorg Yahudi buta di sana." Lantas, Saiyidina Abu Bakar menuju ke pasar dan menyuap si Yahudi buta itu makan. Lelaki Yahudi itu seperti selalu, tidak henti-henti menghina & mengutuk Rasulullah Saw, sedangkan dia tidak mengetahui bahawa selama ini lelaki yg dia hina itu menyuap makannya setiap hari. Dengan kerinduan Sayidina Abu Bakar trhadap Nabi Saw masih belum pudar, berasa begitu hiba & tidak mampu menahan air matanya mengenangkan bagaiman sabarnya baginda menyuap makan lelaki ini yang sentiasa menghinanya setiap hari. Namun, Sayidina Abu Bakar hanya mampi menahan kesedihannya. Tiba- tiba, si Yahudi ni mencurigai sesuatu, " Engkau bukan lelaku yang selalu menyuapku makan." Sayidina Abu Bakar hairan lalu bertanya bagaimana dia mengetahuinya. Lelaki Yahudi itu menjawab, " Lelaki yang selalu menyuapku makan itu begitu lembut layanannya, bubur yg disuap akan ditekan-tekan hingga halus, baru disupakan kepadaku dgn penuh kelembutan." Sayidina Abu Bakar yang tidak mampu menahan sebak lalu menangis & brkata, "Sesungguhnya lelaki yang selalu menyuap engkau makan itulah lelaki yang engkau hina setiap hari & kini dia telah pergi selama- lamanya meninggalkan kita, dia adalah Muhammad!" Lelaki itu begitu terkejut lalu menangis. Akhirnya dia memeluk Islam.

Popular posts from this blog

The End of Harry Potter SaGa.....(Will miss it)..

Sit back and relax......

Self awareness